Sunday, 23 March 2014

LANDAK RAYA KOMERSIAL

Landak raya atau Hystrix brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras dan tajam di seluruh badannya.Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahan landak apabila berada dalam ancaman bahaya.

Di sebalik keupayaannya melepaskan duri,landak berpotensi untuk memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau.Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri,landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehingga seluruh tubuh mamalia itu dipenuhi dengan duri tajam yang keras terpacak.

Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa menyebabkan durinya boleh tercucuk pada mangsa.Daging landak dikatakan berprotein tinggi dan lembut malah tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik.Peratusan protein daging landak mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka.

Namun begitu,masalah utama yang dihadapi untuk menternak landak ialah mencari pasangan yang serasi.Ini kerana haiwan ini sangat cerewet memilih pasangan selain susah untuk mencari keserasian.Tempoh bunting haiwan ini adalah selama tiga bulan dan induk bunting boleh melahirkan sehingga empat anak. Bagaimanapun, kebiasaannya melahirkan seekor hingga dua ekor anak, namun pernah direkodkan melahirkan sehingga tiga anak.

Bagi tujuan pembiakbakaan, anak landak akan diasingkan daripada ibunya pada usia dua bulan bagi membolehkan ibunya membiak lagi. Ukuran seekor landak raya dewasa ialah 51.5 hingga 85 sentimeter dan berat di antara empat hingga 10 kilogram (kg).Setakat ini, berat sebanyak 24kg pernah direkodkan di dalam kurungan dan peratus berat badan seekor landak raya yang sudah dibersihkan ialah 60 hingga 66 peratus (daging)
Mengikut kajian yang dijalankan, seekor landak raya mempunyai 30,000 duri untuk mengelak daripada musuh dan jika terlampau agresif, duri tersebut boleh tertembak dengan sendirinya tetapi ia tidak boleh pergi jauh selain berpotensi untuk dijadikan sebagai kraftangan.
Proses untuk menternak landak raya sehingga boleh dijual mengambil masa sehingga 10 bulan.Amalan pengurusan harian landak raya ialah membersihkan kandang, memberi makanan dan mengaturkan pembiakan. Makanan segar seperti keledek, betik, sengkuang, nangka, daun nangka, timun dan labu akan diberikan mengikut kadar 10 peratus daripada berat badan landak raya tersebut dan satu peratus bagi makanan dedak atau 'pelet' selain pemberian ubat cacing setiap tiga bulan sekali.
Peratus kematian landak raya yang dibela dalam kurungan besi juga agak rendah iaitu sekitar 0.5 hingga satu peratus dan penyebab utamanya berpunca daripada kecederaan ketika pergaduhan sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan 'myiasis' iaitu luka berulat.Landak raya sebenarnya boleh dijinakkan dan haiwan itu hanya bertindak agresif ketika proses penangkapan dilakukan.


No comments:

Post a Comment